Saturday, March 7, 2009

Leadership is influence




'Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap di antara kamu akan dipersoalkan atas kepimpinan itu'. (Al-hadis)

Kita sudah biasa dipimpin malah memimpin, tapi sejauh mana setiap antara kita ini memahami maksud kepimpinan?

Kita kebiasaannya menafsirkan pemimpin dengan mengarahkan, memberi arahan. Sehingga kita tidak mampu menjalin hubungan sosial yang baik dikalangan orang-orang yang bekerja dengan kita.

Kepimpinan sebenarnya adalah kebolehan mempengaruhi, sama ada kita mempengaruhi diri kita, orang disekeliling kita, keluarga mahu pun orang-orang yang bekerja di bawah kita. Apabila kita memimpin satu organisasi, maka kita perlu mempengaruhi ahli-ahli organisasi kita untuk sama-sama bekerja. Namun kebanyakan antara kita silap menafsirkan maksud pemimpin termasuk lah diri ana sendiri, maafkan akan kedaifan ini ya Allah..

Untuk menjadi pemimpin yang baik maka ia perlu melalui 5 prinsip kepimpinan (di ambil daripada ESQ training)
  1. Dicintai - peringkat ini boleh dicapai dengan hubungan, hubungan yang baik antara individu dengan individu yang lain membolehkan anda dicintai.

  2. Dipercayai - akan tercapai dengan integriti iaitu ketulusan dan keikhlasan. Setiap kerja yang dijalankan dengan keikhlasan lillahi taala dan bukan mengharapkan sebarang pembalasan.

  3. Diikuti - setelah kita sudah dicintai dan dipercayai, maka barulah kita akan diikuti

  4. Kader - pemimpin yang baik, adalah pemimpin yang menjadi pembimbing kepada pelapis-pelapis baru.

  5. Kepimpinan abadi - meninggalkan warisan.


Segala yang di atas ini perlulah mengikuti contoh dan cara idola agung kita, Nabi Muhammad SAW. Kerana sesungguhnya bagindalah yang paling layak diikuti dan sebaik-baik tauladan. Disebabkan indahnya cara pergaulan nabi sesama sahabat malahan musuhnya menjadikan baginda paling dicintai. Dengan kejujuran dan keikhlasan baginda menjadikan baginda orang yang paling dipercayai dan digelar Al-Amin, dan kerana kasih sayang nabi inilah menyebabkan baginda diikuti oleh sekian manusia sehingga kini. Sudah tentu kita kenal Abu Bakar as-siddiq, Umar al-khattab, Usman b. Affan dan Ali b. Abi Talib dan sahabat-sahabat baginda yang sentiasa dibimbing baginda. Dan baginda telah meninggalkan kepada kita dua wasiat yang agung iaitu Al-quran dan As-sunnah. Kelima-lima ciri kepimpinan ini dimiliki oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, selawat dan salam buat rasulullah dan sahabat-sahabat baginda.



Friday, March 6, 2009

Pagi!!!!!



"Apabila saya menyebut pagi, maka tuan puan diminta menyebut pagi. Biar pun waktu itu tengah hari, petang mahu pun malam", berkata moderator ESQ pagi tadi.

Hari ini, adalah hari pertama ana menyertai program leadership and training ESQ, yang ana kira sudah ramai mengatahui tentang training ini. Terima kasih kepada penderma yang tidak diketahui oleh ana, bagi ana membolehkan mengikuti program ini.

"Tahu kenapa pagi??"
Peserta senyap tanpa jawapan
"Bila pagi kita cergas"
"Bila tengah hari kita sudah mula lapar"
"Bila petang kita mahu pulang"
"Jadi bila disebut pagi, kita akan sentiasa cergas"

Jika ditanya oleh sahabat-sahabat akan program ini, ana akan katakan anda perlu mencubanya sendiri...

Sebelum ana ke program ni pagi tadi, ana nak program ini menjawab kenapa harganya RM900. Dan bagi pengalaman satu hari ini, persoalan tu terjawab...

Cubalah sendiri....