Friday, May 1, 2009

Lion of the Desert


Ana baru selesai menonton salah satu film karya Moustapha Akkad 'Lion of the Desert'. Sebuah kisah menceritakan tentang perjalanan serong pejuang Islam As-syahid Omar Mukhtar mempertahankan negaranya (Libya) dari dijajah oleh Italy. Cerita ni cerita lama, dari zaman ana kecil lagi..cuma bila lihat kembali cerita tu masa sekarang ana mampu berfikir. Antara film yang menarik untuk disaksikan oleh kita, supaya kita sedar akan perjuangan kita, kesedaran untuk ana dan bagi mereka yang hampir terlupa atau terlupa...


'we will never serrender...we win or we die..let the next generation fight...after next and next..as for me i will live longer in my hang' (Omar mukhtar)



Punya kuat pahlawan Islam kita dulu memperjuangkan agama, tanah air dan maruah. Tapi bila merenung anak muda kita kini, malah diri kita sendiri, apa yang telah kita lakukan bagi mempertahankan maruah kita yang nenek moyang kita perjuangkan dengan darah dan nyawa dahulu.


Ana sedih, takut pun ada bila dengar cerita dari sahabat-sahabat ana tentang sekolah masing-masing, pelajar bukan sekolah menengah sahaja malah rendah sudah pandai melakukan maksiat tanpa ada perasaan malu, tapi mereka bangga. Mencuri, samseng, buli, malah yang lebih teruk daripada tu yang kita semua tahu....sedih....memang sedih... Mereka bukan lagi mempertahankan maruah mereka tapi mereka dengan bangga menggadai maruah..


Ana teringat kata-kata sahabat ana dalam blog dia ummsyuhada, selamatkah anak saya??? Kita semua tak mampu nak berikan keyakinan pada orang bertanya pada kita selamat ke anak saya, sebab kita tahu dan sedar akan jawapannya. Adakah kita tahu kenapa jadi macam ni?anda tahu?


Semasa program Ops Sayangi Remaja Kedua, masa presentation sebelum kami keluar ke lapangan, pendedahan yang sangat dahsyat tentang anak muda sekarang, yang kadang tak terjangkau dalam kepala kita, seorang budak yang sangat muda, masih di sekolah rendah sudah pandai minum arak...itu baru kes arak...belum masuk kes-kes lain yang lebih dahsyat.. Ana jauh lebih takut masa tu. Kita semua perlu sedar, yang generasi muda sekarang semakin di luar kawalan, semakin meliar, apa yang kita perlu lakukan?tanya pada diri sendiri apa yang mampu saya lakukan?kalau dengan kejadian yang sebegini teruk kita masih hanya mampu melawan dengan hati??sampai bila??


Kadang kita tak menyedari, diri kita sendiri dah banyak laghonya. Mudah-mudahan masih ada baki sahabat yang mampu sedarkan kita bila tersilap. Kenalan ana pelik dengan ana, kenapa awak tak tengok wayang??memang betul ke awak memang tak pernah jejak langsung panggung wayang??jawapan ana, yer ana tak pergi ke panggung wayang dan tak pernah jejak ke sana walau sekali..ana dididik sebegitu oleh ummi abah ana. Mereka tak percaya, tahu tak kenapa mereka tak percaya?malah ana kelihatan pelik..kerana masyarakat kita sudah merasakan itu perkara biasa, sedangkan kita memang tahu itu anatara perkara lagho. Huda jom pi karaoke....huhuhu...panggung wayang pun tak pernah masuk ni kan karaoke...Masyarakat merasakan itu perkara normal..


Bila masyarakat merasakan satu perkara kecik itu biasa, tak mustahil akan sampai satu ketika perkara yang besar akan dirasakan kecil. Contohnya naik motor bersama bukan muhrim, pegang tangan sudah jadi biasa, tiada perasaan malu langsung.. Berapa ramai lelaki sekarang yang tak pergi solat jumaat, tu baru hal solat jumaat belum masuk fardhu.... Makin lama makin kecundang... Jom lah...kita sama-sama bangkit kembali, tegah yang mungkar walaupun kita dah rasa itu biasa, jangan biarkan diri kita tergolong dalam golongan yang fasik nauzubillah....



wallahuaklam