Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Pregnancy: 1st Trimester Part 1



Bagi yang tak boleh tengok video di atas klik di sini ^_^ http://health.yahoo.net/videos/healthination/pregnancy-1st-trimester-part-1

Video ni bagus untuk ibu-ibu yang tengah mengandung bagi 1st trisemester. Kebetulan adik ana mengandung dan berada dalam peringkat 1st trisemester jadi suka pula baca tentang isu-isu orang mengandung ni...heee~~

Dia jelaskan sedikit tentang mengandung, di mana mengandung ni di agihkan kepada 3 trisemester. Tapi video ni hanya fokus pada 1st trisemester serta simptom yang di alami oleh ibu, jumlah makanan yang perlu di ambil. Setengah orang fikir asal mengandung, makan untuk dua orang tapi tak bermakna kita kena makan dalam kuantiti yang sangat banyak, ada jumlah yang di sarankan, dia ada sebut 300 kalori lebih dari hidangan harian biasa.

300 kalori macam mana nak kira???hihihi..dah search untuk korang.. contoh hidangan hanya untuk 300 kalori seperti di bawah:


Breakfast - 290 Calories
1 whole wheat English muffin
2 pats low fat butter
1 hard boiled egg
1/2 cup of fruit
8 oz fruit juice
8 oz water



Cereal - 300 Calories
1 cup of cereal
8 oz 2% milk
1 banana
1 coffee or tea



Baked potato - 305 Calories
1 medium baked potato
2 tablespoons sour cream
2 tablespoons salsa
1 cup sliced melon
12 oz water

Cuma disebabkan teh dan kopi tidak berapa bagus untuk baby (bukan tak boleh langsung, nak minum boleh tapi kurangkan, elakkan) jadi ana sarankan tukar dengan jenis muniman lain macam susu ke air masak ke hohoho horlicks ke...macam pakar pemakanan lak..hihihi

Wednesday, November 24, 2010

Menasihati Mengikut Kaedah Sandwish



Keadah ini ana terdengar dalam satu pengisian keibu-bapaan yang disampaikan oleh Ustaz Solhi daripada UWAIS cons. sabtu lepas dalam Program EMAS anjuran Kelab Remaja Lestari Pulau Pinang bertempat di Kem PLKN Kulim.


Kesilapan sesetengah ibu bapa, apabila hendak menegur kesilapan atau kesalahan anak-anak kebanyakannya dengan cara terus menegah kesilapan. Contohnya, 'Eh, salah tu...jangan buat macam tu...teruknya markah, tu la main banyak sangat'. Cara tersebut mungkin berkesan, tapi hanya seketika, tapi yang kita mahu elakkan adalah kesan daripada tindakan tersebut. Setiap tindakan dan tutur kata ibu bapa adalah antara faktor kejayaan pembetukan seorang anak. Penerapan dengan cara negatif atau salah boleh mengakibatkan anak mengalami masalah perasaan rendah diri.


Pendekatan kaedah sandwish; apabila kita ingin makan burger atau sandwish, yang menjadi tumpuan utama kita adalah isi atau daging di tengah. Daging ini diibaratkan dengan masalah anak yang hendak ditegur. Tapi daging tersebut diapit dengan dua roti, satu di atas dan satu di bawah. Roti di atas ini mewakili kaedah pujian, anak tersebut perlu dipuji dahulu, manakala roti di bawah pula memberikan sokongan dan galakan.


Contoh;

[roti atas] Abg ni mak tengok bagus dah, exam selalu dapat A cemerlang, mak bangga dgn abg. Cuma......

[Daging] Mak nampak abg ni bila dengan orang tua kurang sikit adabnya.

[roti bawah] Mak tahu, mungkin abg tak sengaja, akan datang mak yakin abg boleh buat dengan lebih baik lagi.


Tu sekadar contoh jer, korang yang nak mencuba keadah ni pasti lebih gempak ayat dia :D Selamat mencuba!!

Tuesday, November 23, 2010

Mawar vs Melur



VS




Kalau sebut perihal mawar ni, biasanya dikaitkan dengan cinta. Kalau hadiah daripada suami kepada isteri biasanya mawar akan jadi pilihan. Susunan kelopaknya lawa, warnanya yang menarik malah baunya harum. Seronok dapat bunga hihihi...tambah lak kalau digubah elok.

Melur tak pernah pula dengar orang bagi hadiah. Ada ke?? tapi melur salah satu bunga top list kegemaran ana. Sebab warna serta bau dia menenangkan. Tambah pula bila terbau bunga melur ni ana teringat pada Mok (nenek ana belah mak di terengganu). Mok ana ni suka bunga melur, bawah bantal dia selalu ada bunga ni sampai rambut terlekat bau ni...

Mok teh cik Mas (Nenek ana)


Tapi ana bukan nak cerita perihal bunga. Tapi perihal wanita yang dikaitkan dengan dua jenis bunga ni. Ana berikan nama pada dua wanita ni dengan nama mawar dan melur.

Mawar seorang gadis yang cantik, manakala melur pula gadis biasa sekadar sedap mata memandang. Namun kedua-duanya Allah hiasi dengan akhlak yang baik, agama yang baik, dari keturunan yang baik-baik. Sekiranya antara keduanya perlu dipilih menjadi calon isteri, ana yakin ramai sudah tentu tahu yang mana yang akan dipilih.

Ana terpandang isu ni bukan dari sudut pandangan lelaki. Tapi pandangan ana sebagai wanita. Sekiranya boleh dipilih menjadi mawar atau melur, ana pilih menjadi melur.

Menjadi mawar potensi diri untuk dipilih kerana agama tu kurang, boleh jadi yang memilih dia benar mungkin kerana agama, tapi kebarangkalian dipilih kerana kecantikan itu mungkin lebih tinggi. Boleh jadi 60-70% kerana kecantikan dan selebihnya kerana agama.

Manakala melur, kebarangkalian dipilih kerana agama peratusan hampir kepada 100%. Jadi beruntung betullah melur, kerana agama itu kekal sedangkan kecantikan itu pudar mengikut masa. Tapi kalau mawar dipilih kerana agama melebihi kecantikan barulah mawar itu betul-betul menjadi orang yang beruntung.






Friday, November 12, 2010

Amalan Sunat



'Hambaku terus dekat kepadaKu dengan amalan-amalan sunatnya sehingga Aku mencintainya. Bila Aku mencintainya, maka dia mendengar dengan pendengaranKu, melihat dengan pandanganKu, memukul dengan tanganKu, dan berjalan dengan kakiKu. Jika dia meminta (sesuatu) maka Aku akan memberinya; dan jika dia meminta perlindunganKu, maka Aku akan memberinya'. (Hadis Qudsi)

Aku Mencintaimu....



Aku mencintaimu,
Kerna kau seumpama bintang,
Meski jauh kau tetap terang,
Meski terkadang hilang kau tetap bercahaya,
Jauh direnung jiwa.


Aku mencintaimu,
Kerna kau seperti dia,
Yang menyala-nyala di dalam dada,
Menghangatkan jiwa,
Terus hidup dalam segala cuaca.


Aku mencintaimu,
Kerna aku harus mencintaimu,
Rukuk dan sujudmu membuatku rindu,
Ku kata padamu,
Aku mencintaimu....
Ya...aku mencintaimu..
Kau dengar itu.


Aku mencintaimu,
Kerna rukuk dan sujudmu pada tuhanmu,
Aku mencintaimu,
Kerna kita satu jiwa yang padu.



Petikan syair daripada cerita Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan oleh Ayatul Husna.

Thursday, August 5, 2010

Hijab

Dalam seronok menengok gambar-gambar kawan. Terlintas pada satu gambar ni, satu iklan berkenaan hijab yang menunjukkan gambaran analogi yang bagus. Jom sama-sama kita nilai

Nak dijadikan ceritanya, kemudian terjumpa pulak yang ni.

Firman Allah SWT:

'' Katakanlah kepada wanita yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasanya.......''(Surah An-Nur ayat 31)

Tiada perintah atau hukum yang diturunkan saja-saja untuk seronok, tapi setiapnya ada sebabnya. Allah yang menjadikan kita, jadi hanya Allah yang Maha Mengetahui tentang selok belok diri kita. Kita tahu dengan logik pemikiran akal yang Allah bagi, kita tahu peraturan adalah untuk kebaikan, dan kita tahu dengan melanggar peraturan pasti ada akibatnya.. Semua kita tahu..tapi sejauh mana kita sedar dan bertindak?? Wallahuaklam...

Wednesday, July 28, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat

Dalam duk baca email hari ni dari sahabat-sahabat, dapat satu artikel dari sorang sahabat muslimin. Ana suka dengan artikel ni, jadi ana share dengan yang lain...terutama bakal suami dan yang sudah bergelar suami sila-sila...

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.




Wahai suami2,
Jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITyang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. ..
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".




Friday, July 16, 2010

Nak Tolong Orang Melayu

'Nak tolong orang melayu'..Ni la ayat orang yang sengaja pancitkan tayar Isnin lepas.
Dalam jam 8.30 malam lepas dinner, ke kereta nak balik ke makmal sebelum pergi ke meting KRL.
Pulas stereng kete "aiii nape berat sangat stereng".
Kebetulan masa tu, ada orang depan kereta cakap "adik tayar pancit tu".
Drive ke depan sikit, kemudian baru keluar untuk tengok tayar, dalam hati terfikir "aik kenapa pancit sampai leper macam ni (sebab sebelum ni tayar dah pernah pancit..jadi tau la sikit)".

Dalam duk message ain akib, bagitau tayar kereta pancit dekat belakang Ivory Bukit Gambir. Dan dalam tempoh itu, datanglah orang yang nak tolong orang melayu ni yang mengaku dirinya mekanik (dalam hati "aiii pelik semacam je..dan dan datang ni"). Mula dia kata nak tolong...jadi bagi la dia tolong, dah siap cabut tayar dah..akhirnya timbul la soal cas...RM150 lak tu...haaa dia mula dah...dah la tu siap nak tukar dua-dua tayar pulak tu, tayar spare dan tayar yang dipancitkan tu. Tayar spare tu dia kata tak elok...ish..ish.. Nak tipu tak tengok orang...dah la siap nak pinjam motor ain nak tukar tayar...memang tamak sungguh....senang ke bawak tayar naik motor???



Akhirnya melalui perbincangan bijak pandai antara huda dengan ain heee~~

Cakap pada orang nak tolong orang melayu tu "aik kenapa nak tukar dua-dua tayar pulak, yang rosak satu jer, yang spare tu tak rosak..kalau pasang pun satu hari boleh pakai lagi".
Haa...dia senyap dah..
Sambung lagi..."Tak apa la, tak perlu buat apa-apa dah, kawan saya akan datang tolong, dah nak sampai dah pun".
Dia masih tercegat kat situ tak bergerak-gerak....(tau dah...ni mesti nak duit)
"Saya bagi RM10 jer ok, sebab awak kata cas perkhidmatan awak tadi RM20, tapi sebab awak cabut tapi tak pasang balik saya bagi tu je".
"Eh tak boleh la, RM20 juga"
Ikutkan hati nak biarkan je, tapi k.jiha kata bagi la..supaya dia tu lari.. Elok jer bagi lagi RM10, lari terus..haa kereta depa pulak yang rosak siap kena tolak lagi...( tulah...hee~~)


Akhirnya datanglah penyelamat, Hero pada malam tu...saudara Qayyum (sahabat KRL). Dia berjaya pasang tayar kereta dengan jayanya dan cekap sekali... Turut bersama-sama ketika itu, Ustaz Iimran yang tak jemu-jemu memberikan sokongan padu pada Qayyum. Shuhaimi yang akhirnya tolong kemaskan bonet kereta....dan Fahmi selaku hakim keadaan.


Nak jadi ke ceritanya, esokkanya pergi ke workshop. Periksa tayar yang dikatakan bocor itu, terserlah kebenarannya memang tak bocor pun. Angin tayar dikeluarkan...mengesahkan firasat pada malam itu. Dan tauke cina tu cas RM3 untuk tukar tayar...hmmmm.....


Kepada yang menjayakan pementasan pada malam itu..Noorul Ain Mohd Akib, Mohd Qayyum Kamaruddin, Syarifah Najiha Syed Sulaiman, Nur Azza, Shuhaimi Abu Samah, Mohammad Iimran Zainal Abidin dan Mohd Fahmi Mohd Yusop. Jazakallahukhairan khathira...semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran pahala yang melimpah ruah...amin..


Pengajaran : Kawasan Ivory tu memang banyak kes jadi kena more be careful dan akan datang kalau orang tak kenal kata nak tolong jangan bagi nanti lesap RM20...

Sunday, July 4, 2010

SMK Mengkuang

Kursus Kepimpinan Pengawas sesi 2010 SMK Mengkuang yang berlangsung pada 2-4 Julai 2010. Seramai 22 orang pelajar lelaki dan 18 orang perempuan yang terlibat. Urusetia dan fasilitator Kelab Remaja Lestari yang terlibat Iimran, Shuhaimi, Qayyum, Saifullizan, Hanif, Iqbal, Noorul Ain, Shakila, Nurul Farah, Nurulhuda. Dimeriahkan dengan kehadiran Abadi malam sabtu.

Semoga segala yang diatur dan dilaksanakan beroleh keberkatan daripada Allah SWT. Dan meninggalkan kesan dihati adik-adik ini walaupun hanya sekumit...InsyaAllah.

Monday, January 18, 2010

The Arrivals

Video ini berkaitan dengan gerakan freemanson, bagi yang dah baca buku gerakan freemanson atau belum, video ini kesinambungan dari buku tu, tapi yang ni dalam bentuk video. Bagi siapa yang belum tengok video ni, tengok la. Dia ada banyak episode, yang ana post kat sini hanya part one, yang selebihnya boleh tengok di you tube atau pun website dia sendiri. Ramai yang tak menyedari tentang hal ni, jadi sama-sama kita sebarkan untuk kebaikan diri dan masyarakat sekeliling kita.




wallahuaklam