Sunday, February 5, 2012

Imbasan Maulidur Rasul Yang Lepas



Sambutan maulidur rasul kali ini, tiba-tiba teringat pada satu keratan akhbar yang lepas, yang masih disimpan ke hari ini. Keratan akhbar dari Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2008, pada tahun itu ada desas-desus yang menyatakan bahawa sambutan maulidur rasul tak perlu diadakan.

Pada tahun 2008, 2 minggu sebelum sambutan Maulidur Rasul, saya kebetulan menemani sahabat saya azura membeli barang disekitar Kuala Lumpur, ketika kami sedang rehat menghilangkan penat ditepi tangga Sogo. Datang dua orang menyapa kami, sorang lelaki dengan kamera ditangannya dan seorang lagi perempuan memegang notepad. "Kami dari Utusan Malaysia, nak tanya sedikit soalan boleh?" Pada mulanya kami menolak, tapi bila dapat tahu soalan tu berkisar tentang sambutan Maulidur Rasul, jadi saya cuba menjawab.

"Apa pandangan saudari tentang Sambutan Maulidur Rasul?"


Ini jawapan saya..


Bahasa yang saya ucapkan tak bagus mana pun, ayat yang ditutur tak tersusun baik. Tapi yang menulis tu pandai mencantikkan ayat. Bila tahu dah keluar dalam surat khabar, beli walaupun keluarga saya pelanggan The Star.. Bila baca ayat yang ditulis, hati saya berkata "hmm...pandai ek dia tulis, nasib baik isi tak diubah, sikit ke banyak ke kita cakap pasti akan ada yang diedit, sebab tu kita dinasihatkan kurang bercakap supaya kurang yang diedit:)". Edit untuk mencantikkan kata-kata itu bagus kerana kata-kata yang indah menjadikan orang yang berkata itu, cantik sejuta kali lebih daripada kecantikan dirinya yang sebenar.



Salam Maulidur Rasul


Selawat dan salam buat junjungan besar yang kita cintai Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda..

Tanggal 12 Rabiulawal adalah hari yang bahagia, hari yang penuh dengan rasa kecintaaan, inilah Hari Kekasih bagi setiap umat Islam. Selamat Hari Kekasih..

Kecintaan Nabi kesayangan kita kepada kita melebihi segalanya, tiada tandingan. Manakan tidak, adakah ada insan di dunia ini yang kasih kepada diri kita, sehingga sanggup mendoakan agar kesakitan sakaratulmaut hanya ditimpakan kepada dirinya, bukan kepada insan yang disayangi? Tidak ada.. melainkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kasihnya nabi kepada umatnya walaupun baginda berhadapan dengan sakaratulmaut, nabi masih ingat pada umatnya, "Ya Allah, dahsyat sungguh nian maut ini, timpakan sahaja segala kesakitan maut ini padaku, jangan pada umatku..Ya Allah".

Kata-kata akhir nabi buat umat yang dikasihinya "Uushiikum bis-shalati wamaa aimanukum (peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantara kamu)" ummati....ummati....ummati.....

Bagaimana pula dengan diri kita?bagaimana kita membalas cinta nabi selama ini?

Kami cinta kepadamu Ya Rasulullah....