
- Dicintai - peringkat ini boleh dicapai dengan hubungan, hubungan yang baik antara individu dengan individu yang lain membolehkan anda dicintai.
- Dipercayai - akan tercapai dengan integriti iaitu ketulusan dan keikhlasan. Setiap kerja yang dijalankan dengan keikhlasan lillahi taala dan bukan mengharapkan sebarang pembalasan.
- Diikuti - setelah kita sudah dicintai dan dipercayai, maka barulah kita akan diikuti
- Kader - pemimpin yang baik, adalah pemimpin yang menjadi pembimbing kepada pelapis-pelapis baru.
- Kepimpinan abadi - meninggalkan warisan.
Segala yang di atas ini perlulah mengikuti contoh dan cara idola agung kita, Nabi Muhammad SAW. Kerana sesungguhnya bagindalah yang paling layak diikuti dan sebaik-baik tauladan. Disebabkan indahnya cara pergaulan nabi sesama sahabat malahan musuhnya menjadikan baginda paling dicintai. Dengan kejujuran dan keikhlasan baginda menjadikan baginda orang yang paling dipercayai dan digelar Al-Amin, dan kerana kasih sayang nabi inilah menyebabkan baginda diikuti oleh sekian manusia sehingga kini. Sudah tentu kita kenal Abu Bakar as-siddiq, Umar al-khattab, Usman b. Affan dan Ali b. Abi Talib dan sahabat-sahabat baginda yang sentiasa dibimbing baginda. Dan baginda telah meninggalkan kepada kita dua wasiat yang agung iaitu Al-quran dan As-sunnah. Kelima-lima ciri kepimpinan ini dimiliki oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, selawat dan salam buat rasulullah dan sahabat-sahabat baginda.