Sunday, November 22, 2009

Selamat Pengantin Baru ^_^

Dikesempatan ramai sangat sahabat-sahabat kahwin ni, ana ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat sahabat yang baru sahaja menyelesaikan majlis pernikahan, dan juga yang akan melaksanakan pernikahan tak lama lagi.

Semoga mahligai yang dibina dengan iman dan taqwa diRahmati oleh Allah SWT, dipenuhi dengan mahabbah dan saadah. Semoga antum beroleh ketenangan dan keberkatan dalam hidup serta dikurniakan zuriat-zuriat yang soleh...amin..

Muhaini & suami
Norazah & suami
Fadzil & Wan Ilani
Nor Azliza & Firdaus Osman
Wan Shima & Ramzi
Wardah & Nuruddin
Nor Asyikin & suami
Sakinah & suami
Syawal & isteri
Nik Mohd Idzham & isteri
Syafirul & Fatimah Alias
Fawwaz & isteri
Iylia & suami



Kalau ada yang tertinggal tambahkan yer^_^
nanti kita buat list bagi yang dapat baby lak^_^

Sunday, November 15, 2009

My First Paper Already Published!!!!!

Alhamdulillah...praise to Allah, for the first paper that already published just few months back^_^. Although it just published in one of Malaysia Jurnal, I still satisfied^_^. For these the acknowledgement goes to my Supervisor Dr Latiffah Zakaria, my beloved perents and for sure to all my friends that always give support towards my research^_^. Thank you guys^_^.
Next paper will be coming soon. Pray for me....

Few detail about the paper:
Title: Diversity of Fusarium species in vegetable fruits
Jurnal : Malaysian Applied Biology
Pages : 5



Monday, November 9, 2009

Pengalaman ke Surabaya, Indonesia


Tarikh : 9-14 Februari 2009
Tempat : Surabaya Ibu kota kedua terbesar Indonesia
Penerbangan : Air Asia RM 286 dua hala (nasib baik murah^_^)
AK 916 (KUL-SUB) 9 Feb 2009
QZ 7615 (SUB KUL) 14 Feb 2009


Jum. Perbelanjaan : RM 1300 MYR = 3,621,666.58 IDR (jadi jutawan sat^_^)


Ana ke sana atas tujuan menghadari persidangan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Universitas Airlangga. Tajuk perbentangan ana kali ini Fusarium species from tomato (Lycopersicon esculentum) dan disebabkan tajuk inilah, ana dapat gelaran tomato girl sepanjang persidangan^_^.



Orang kata sambil menyelam minum air..dah alang-alang sampai apa lagi..berjalanlah^_^. Walaupun Indonesia adalah negera yang hampir menyerupai Malaysia dari segi muka bumi dan cuaca, tapi banyak juga pengalaman yang ana dapat walaupun beberapa hari di sana.

Ana menginap di Grha Ara, berdekatan dengan universitas Airlangga. Dengan bayaran pelajar 165,000 rupiah bersamaan Rm59 semalaman termasuk sarapan, sangat murah.



Makan

Yang best bila ke tempat ni, tak perlu risau tentang mencari makanan yang halal. Banyak pilihan, cuma jangan tersilap pilih. Antara yang ana selalu makan soto ayam, cuma inilah kali pertama ana makan soto ayam tanpa nasi impit tapi dengan nasi. Disebabkan penginapan ana pengurus dia Islam, jadi ana tak perlu risau tentang makanan yang ana dapat setiap kali sarapan pada jam 6.30 pagi...awal hihihi.. Tapi kat sana 6.30 pagi dah cerah. Ada kawan ana minta sarapan pukul 8pagi, terkejut pengurus tu..


Soto ayam


Nasi Goreng + keropok udang (keropok udang ni selalu ada dalam hidangan)


Nasi Ayam Penyek (macam nasi ayam)

Ana sempat singgah di satu gerai De juice, dia menjual segala jenis jus buah-buahan. Tema penjualan 'Sihat dengan terapi jus'. Ana sempat tengok manu dia selain daripada harga disenaraikan juga khasiat jus tersebut. Kena dengan konsep halalan toiyyiba (halal lagi baik).Di gerai ini ana cuba jus Alpukat, jus aprikot yang dicampurkan dengan coklat, menurutnya ia mampu mengelakkan strok. Memang best, kalau ke sana lagi, mesti cuba jus ni.



Antara air lain yang ana suka order di sana, jus gembira^_^ hihihi..mesti gembira punya bila minum air ni. Sebenarnya, air ni kalau di Malaysia kita panggil air soda bandung.



Jalan-jalan

Antara tempat lawatan kami, kami ke Gunung Bromo salah satu gunung berapi yang masih aktif di Jawa Timur (ana cerita dalam entri lain^_^). Pasar Turi antara pasar yang menjual dengan harga yang murah bangat..ana dapat telekung yang elok dekat sini dengan harga 75,000 Rupiah. Ana kira kalau hendak beli barang yang banyak dan murah contoh macam baju batik dan keychain..di sini memang boleh dapat membeli dengan puas hati..

Buka beg duit...eh ada banyak lagi duit..hihihi..so shopping lagi^_^

Kami beli kerepek dan lain-lain makanan di Pasar Genteng, selain kerepek, kuih-kuih tradisional Indonesia pun boleh dapat di sini. Berdekatan pasar ini ana jumpa gerai De juice. Ana solat jamak takdim di Masjid Genteng, bersebelahan dengan pasar, masjid pertama yang ana singgah di Indonesia. Alhamdulillah, kawan ana non-muslim tapi sangat memahami ana dalam urusan agama, jadi memudahkan urusan ana.







Tempat terakhir kami shopping di pasar pagi. Berdekatan dengan tempat penginapan





Pengajaran bila kita nak membeli, cuba la cakap indonesia hihi...tapi last-last mereka tau juga..'ooo embak orang Malaysia ya??orang malaysia banyak uwang...'huhuhu.. terpaksa mengaku. Next kena tahu harga Pas mereka..kalau dah selalu servay kat kedai kita boleh tahu harga pas. Tanya harga pas berapa, jadi kita akan dapat harga yang paling murah untuk baju tu. Sebolehnya bawa kawan yang berasal dari negara yang kita pergi, jadi tak kena tipu. Kalau dah mai sini, kaki sakit sebab setiap hari kerja pi shopping je. Bangun pagi-pagi aim shopping, sampai tak larat nak jalan dah. Barang murah, lawa-lawa, orang kata kalau nak wat barang kawin pun berbaloi pi sana.

First Time

Banyak betu first time masa di sini...maklum la first time keluar dari Malaysia^_^

1)naik kapal terbang (of cos, sebab tak naik kapal pi sana)
2)Baca quran dalam flight, best..tambah lak baca ayat yang terkena dengan situasi.
3)naik kuda..best..tapi kesian kat kuda hihhihi dan satu lagi busuk...melakat kat baju la...
4)tengok gunung berapi- ingat lagi bila ana beritahu ummi ana nak pi ke sana. Ummi ana mula-mula tak bagi. Then ana cakap kat ummi, antara sebab utama ana kena sana sebab nak tangok gunung berapi, nak tengok kebesaran Allah yang ada tak ada kat Malaysia ini, insyaAllah tak ada apa yang akan jadi. Ana senyum jer...yesss...dapat pi^_^
5)Jadi jutawan..hihihihi 3 juta itu....banyak bangat...

Hari terakhir di sana ana dah kebulur, dah mula rindu lauk malaysia...huhuhu..kalau ada dapur ni dah lama masak..on the way balik dalam flight dua round ana makan..hihihi. Dah la nasi lemak tak ada, ambik sandwich dengan coffea, kemudian meggi dengan jus oren lak. Mendarat jer dah jumpa ummi abah, jom kita gi makan^_^


Persediaan

Antara persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke mana-mana negara:

1) Passport
2) Tahu currency - berkenaan tukaran wang asing ni, supervisor ana ajar ana. Dia kata seeloknyer jangan tukar semua duit yang kita ada kepada duit negara yang kita nak pergi, seeloknya 1/4 daripada duit ditukar kepada US dolar, sebab setengah tempat tak ada duit Malaysia.
3) Schedule solat - jadual solat negara yang nak dilawati print siap-siap, anda boleh dapatkan di internat http://www.islamicfinder.org/
4) Rancang perbelanjaan - agihkan siap-siap duit yang akan digunakan untuk pembayaran yang penting seperti penginapan, pengangkutan, makanan.