Wednesday, November 5, 2008

Resam Kehidupan


Hari ini, pagi tadi, salah seorang staf USM telah kembali ke Rahmatullah. Pada mulanya arwah pergi ke pusat kesihatan USM untuk membuat pemeriksaan kesihatan, tapi tergelincir samasa ditandas dan meninggal dunia. Ana sempat turut sama menunaikan solat jenazah bersama-sama jemaah yang lain sebaik sahaja selepas solat asar.

Setiap insan pasti akan merasai mati.....cuma setiap daripada kita tidak tahu bila dan bagaimana kita akan menemui ajal kita. Hari ini, perbualan sahabat berkisar tentang kematian, artikel yang ana baca berkisar tentang kematian, semoga zikrilmaut ini sentiasa dalam ingatan sebagai peringatan untuk sentiasa merubah diri ke arah kebaikan.

Selesai melihat jenzah di bawa dengan van jenzah dari Pusat Islam USM, ana melalui jalan belakang kerana bahagian hadapan terlalu ramai muslimin. Dah lama tak lalu jalan belakang, samasa melalui jalan ni, terdengar nyayian anak-anak tadika. Ana singgah sebentar menjunguk sahabat ana yang tengah mengajar dan anak-anak murid yg dah lama ana tinggalkan.

Laillahaillah...lailahaillah...lailahaillah...muhammada rasulullah....

one plus one equal two....two plus one equal three......

hihihihi...tu antara lagu yang dinyanyikan....hati rasa tenang melihat telatah mereka ni, tenang sebab mereka ni bersih.. Sama la perasaan tu juga akan kita rasai bila pengang baby...

Semoga kita semua akan pergi menghadap ilahi dengan bersih dari noda seperti bayi, dan membawa amalan yang banyak seperti orang-orang soleh....amin...

Tuesday, October 28, 2008

DNA - Dengan Nama Allah


Sebut pasal DNA ni, kebanyakan org akan terbayangkan cerita CSI. Ni la antara kerja harian master ana, ala-ala CSI la juga. Hari ni ana buntu sebab dah beberapa kali juga ana cuba dapatkan band DNA ni tak dapat, dah berapa kali percubaan, tukar chemical lain la, pakai sukatan lain la..Tapi tak berhasil juga. Kalau ada antara kalaian juga berkerja dengan DNA ni, mungkin anda pun faham melainkan la kalau kalaian memang pakai bahan yang mahal.


Tapi ana bukan nak cerita hal ana tak dapat band ni, tapi sekadar perkongsian apa yang ana dapat hari ni. Dalam beberapa jam ini memang ana buntu, fikir kenapa tak jadi juga ni. Dalam tempoh perantaraan fikir ni. Ana jenguk satu blog, salah sorang sahabat ana http://www.asyrafdinie.blogspot.com/. Then ana tertangkap ayat ni..


Allah berfirman: 'Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina" (Mukmin 40:60)


lepas tu jumpa pulak ayat ini...


Allah berfirman: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Ath-Thalaaq 65:2-3)


Selama ni ana berkerja dengan DNA, ana tak perasaan singkatan ini. DNA - Dengan Nama Allah..
Subhanallah Maha Suci Allah, DNA ni kalau kita kaji, sekiranya kite beriman, maka makin kuat lah iman kita padaNya. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat. Panjang helix DNA ini, sekiranya kita buka dia adalah sejauh bumi dengan matahari dan di darabkan dengan 8. Panjangkan???

Friday, October 17, 2008

Ops Sayangi Remaja


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Di malam merdeka kami menghampiri kumpulan remaja terdiri dari dua remaja wanita, dan enam remaja lelaki.

'Assalamualaikum adik, tengah buat apa ni?kami nak join sekali boleh?'

Bila ditegur kami, mereka ni tersenyum sahaja, jadi kami mengambil senyuman itu sebagai satu persetujuan oleh mereka untuk kami bersama mereka. Disebabkan terdiri dari lelaki dan perempuan, jadi saya minta izin daripada dua adik perempuan untuk bersama dengan saya dan sahabiah-sahabiah di sudut lain, dan membiarkan adik lelaki tadi bersama dengan sahabat muslimin.

'Adik terkejut ke?minta maaf la, bukan kami nak buat terkejut, kami ni datang saja nak berborak-borak jer dengan adik. Boleh tak?'. adik tu menjawab boleh dan kekal dengan senyuman manis dia.

'Umur adik berapa?'. Kemudian salah seorang menjawab. 'Saya 14 tahun, yang ni 13 tahun'. Terkejut juga saya apabila tahu umur mereka yang terlalu muda untuk berada di tempat awan dan dikelilingi remaja lelaki sekitar jam 3 pagi. Dan setelah ditanya lagi, mereka ini adalah adik beradik, tetapi adik dia baru pertama kali keluar macam tu. Selepas bertanya berkenaan latar belakang sedikit sebanyak, kami teruskan dengan pertanyaan yang lebih mendalam.

Saya :Mak tahu ke adik keluar ni?
kakak:Mak tahu, mak yang bagi tambang datang sini.
saya :Adik datang dengan apa?
kakak:Dengan bas.
saya :Erm...dah lewat ni adik, bila nak balik?
kakak:Dah siang nanti, lepas subuh kami balik la.
saya :Ooo..Tapi lama lagi tu dik, tak boring ke?tak takut ke duduk sini dengan kawan-kawan lelaki waktu macam
ni? Kami hantar balik nak?kereta akak dekat jer..kawan akak ni pun ada kereta.
kakak:Eh tak pe la akak, kami duk sini jer, tak boring pun, boleh cakap dengan kawan-kawan. Kami tak takut, kami
percaya kat depa.
saya :Adik percaya kat kawan lelaki adik tu?Mak tau tak adik kawan dengan depa.
kakak:Mak tau, mak yang bagi kawan, kadang mak suruh depa ni hantar pi sekolah. Dah kenal lama dah depa ni.
saya :Macam mana adik kenal depa ni?
kakak:kenal kat restoren.
saya :Kenal kat restoren?Boleh percaya ke depa ni dik.

adik tu menjawab dengan senyuman.

saya :Mak kerja apa?
kakak:Mak berniaga.
saya :Siapa lagi ada kat rumah?
adik:Mak dengan mak tiri, mak tiri yang bagi duit tambang mai sini. Mak dengan mak tiri duduk satu rumah. Tapi
depa ni tak ngam.
saya :Oooo...ayah lak kerja apa?
kakak:Ayah tak de.
saya :Kenapa dengan ayah?
Kakak:Tak tau la, kena tangkap sebab mengedar dadah.

Astarfirullahalazimm.....terus bergenang air mata ana. Kepala ana ligat berfikir, mencari punca. Hati resah. Ana hanya mampu teruskan mengusap belakang adik tu dengan memberikan senyuman. Tak mampu untuk meneruskan bertanya buat seketika. Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya kerana memberikan ana peluang untuk bersama dengan sahabat-sahabat ana meneroka situasi sebenar kehidupan sebahagian daripada bakal pimpinan generasi akan datang. Ana berdoa di dalam hati, Ya Allah, kami memohon kepadaMu, supaya menguatkan kami untuk terus bersama-sama dengan mereka yang berusaha menegakkan syiarMu. Dan kami memohon supaya Engkau bukakan jalan kepada adik-adik ini memperlihatkan matlamat sebenar kehidupan yang sebenarnya mereka tidak meyedarinya..amin..

Itu adalah antara remaja, yang kami berjumpa di malam sambutan kemerdekaan negara kita. Banyak yang kami temui, namun saya mampu untuk kongsikan satu cerita sahaja. Kalau anda melihat, tidak ada yang mampu anda ucapkan melainkan istiqfar dan hati akan gusar. Sampai takut untuk memikirkan apa yang bakal terjadi pada generasi yang baru, yang bakal dilahirkan akan datang. Khalwat adalah pemadangan biasa di sana, penambah kemeriahan mereka di malam itu dengan kehadiran perlumbaan motor dan kereta. Muzik yang terlalu kuat, sehingga boleh pecah dada di buatnya.

Program kami yang bermula selepas isyak di salah satu surau di Pulau Pinang. Operasi ini dianggotai oleh semua NGO-NGO islam sekitar Pulau Pinang. Dianggarkan sebanyak 300 orang terlibat. Program bermula dengan ceramah pengenalan dan pendekatan dakwah yang baik, diiukuti dengan persembahan slaid show masalah sosial kini. InsyaAllah jika ada kesempatan ana akan ulaskan berkenaan slide show berkenaan di post akan datang. Program kami berakhir dengan solat subuh berjemaah. Wallahuaklam....

Sunday, September 14, 2008

IMT-GT Uninet Conference 2008


IMT-GT Uninet Conference 2008, Gurney Hotel, Penang 28-30th August 2008

Saya mula-mula nak pergi ke conference IMTGT ni pun tak tahu apa nama penuh bagi IMTGT. Jenuh duk tanya kat kawan-kawan apa nama penuh dia, rupa-rupanya kebanyakan yang nak pergi ke conference tu pun tak tahu nama penuh dia. Lepas presentation kedua oleh Prof Zulfigar dari USM baru tahu apa IMTGT. IMTGT adalah nama penuh bagi Indonesia Malaysia Thailand Growth Triangle.

IMTGT ni sebenarnyer bertujuan berkongsi maklumat penyelidikan antara ketiga-tiga negara. Namun growth triangle ini, tidak meliputi keseluruhan bahagian negara yang menganggotai, tapi hanya sebagaian kawasan, terutama kawasan disekitar selat melaka dan ke atas. Disebabkan conference kali ni, Uninet (Universiti Network), jadi kebanyakan yang menganggotai terdiri daripada pensyarah dan pelajar postgraduate dari universiti ketiga-tiga negara ini.
Disebabkan ini kali pertama saya terlibat dengan conference, jadi saya hanya buat poster presentation. Presentation dalam english, dan ketiga-tiga negara mempunyai bahasa ibunda yang berbeza, jadi ada la slang-slang yang menyebabkan ada setengah student sampai pening dengar presentation. Sepatutnya mereka letak penterjemahkan...hihihi..tu melampau^_^. Kalau nak sebut pasal ilmu...huh...memang banyak...masa ni la bersemangat betul nak buat reaserch. Kalau ikutkan hati, masa tu juga nak masuk makmal, nak buat kerja..hihihihi..manusia, masa tak boleh, masa tu la nak buat semua benda^_^

Hotel....best ke???

Assalamualaikum wtb....

Sebut pasal hotel ni, kebanyakan orang akan bayangkan bilik yang selesa, suasana yang tenteram dan kehidupan yang mewah. Kira semua yang best la....

Dalam best ni, ada juga yang tak bestnye, yang ni la yang saya nak cerita dalam ni. Saya rasa kebanyakan orang yang dah pernah pergi hotel ni, tak kira la sama ada pergi untuk conference, bercuti atau pun meting, pasti lalui ini.

Hotel yang saya maksudkan adalah beberapa hotel tempatan yang bertaraf berbintang-bintang ni.

1) Toilet

Masalah ni yang paling ketara, tak ada paip dalam toilet, kalau bagi non muslim tu bukan satu masalah, tapi bagi muslim, ni la antara benda yang leceh kalau pi toilet. Bila dah jadi macam ni, macam-macam kaedah mereka ni pakai. Berkenaan kaedah ini, insyaAllah jika ada masa akan datang saya akan kupaskan.

2)Makanan

Sebut makanan kat hotel, memang sedap-sedap, tetapi yang menyedihkan apa yang berlaku terlampau banyak pembaziran makanan, sampai tahap makanan yang tak disentuh pun tindih dengan pinggan yang dah digunakan. Jadi memang sah la mereka buang. Saya hari tu siap tanya lagi kat petugas dia, dia kata ada la yang tapau balik, tapi kebanyakannya memang buang, membazir-membazir...

3)Tea break

Yang ni kalau dah boring dah duk dalam conference atau meting, memang tengok jam sahaja bila nak habis, atas alasan nak hilangkan mengantuk, jadi nak minum coffea, tapi seperti biasa la, hotel ni kan dia lebih menyamai cara hidup barat, jadi tak ada kerusi dan meja disediakan. Jadi masing-masing makan berdiri. Nasib baik la lunch dengan dinner tak makan berdiri.

4)Disebalik Hotel

Disebalik hotel ni, maksud saya dibahagian pelanggan tidak pergi, seperti kawasan staf. Kalau peserta yang pergi ke hotel dan tak menginap di sana jadi mereka ni akan solat di surau, nak cari surau huh...punya la susah. Kamu turun tangga, pastu belok kanan, dah masuk parking kamu belok ke kanan lagi, lepas tu kamu akan nampak pintu....bla...bla....jauh tu...Dah sampi pulak, rupa-rupanya tempat staf sembahyang. Bila dah kata tempat staf, jadi mereka ni tak menjaga la sangat kebersihan dan keindahan tempat tu, tak mcam kawasan hotel yang lain. Bilik air, dengan tempat wuduk memang jauh beza. Surau ni bukan orang Malaysia jer yang pakai, orang negara lain pun pakai juga. Tak tau la mereka kata apa dengan tempat solat macam tu.

5)Dinner

Ni antara yang dinantikan, untuk sesetengah orang la, saya tak la^_^. Masa ni la macam-macam fashion yang akan kite nampak. Malam ni juga ada orang buat persembahan nyanyian,
tarian. Masa ni, penyanyi kat depan tu akan cakap ayat ni, "This is your night, then you must
enjoy". Dah dia duk buat maksiat kat depan nak ajak orang sama lak...Ni la malam yang paling
tak best bagi saya.


Sebenarnye, yang menjadi persoalan kepada saya, kita semua tahu. Kebanyakan hotel di
Malaysia penggunanya terdiri daripada orang luar dan juga orang Malaysia sendiri, malah
kebanyakannya adalah orang Malaysia sendiri, jadi nampak ada yang tak berapa sesuai dengan
adab negara kita...Setuju tak??

Saturday, September 13, 2008

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum....

Ahlan wasahlan atau selamat datang, saya tujukan kepada pengunjung blog ini dan juga kepada bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan kareem....

Semoga kelahiran blog ini, memberikan manfaat pada sahabat semua dan juga diri saya sendiri, seperti manfaatnya bulan Ramdhan buat kite semua bagi mereka yang mengambil iktibar...

Salam Ramadhan Kareem dan Selamat Datang ke Rumaisya