Friday, July 16, 2010

Nak Tolong Orang Melayu

'Nak tolong orang melayu'..Ni la ayat orang yang sengaja pancitkan tayar Isnin lepas.
Dalam jam 8.30 malam lepas dinner, ke kereta nak balik ke makmal sebelum pergi ke meting KRL.
Pulas stereng kete "aiii nape berat sangat stereng".
Kebetulan masa tu, ada orang depan kereta cakap "adik tayar pancit tu".
Drive ke depan sikit, kemudian baru keluar untuk tengok tayar, dalam hati terfikir "aik kenapa pancit sampai leper macam ni (sebab sebelum ni tayar dah pernah pancit..jadi tau la sikit)".

Dalam duk message ain akib, bagitau tayar kereta pancit dekat belakang Ivory Bukit Gambir. Dan dalam tempoh itu, datanglah orang yang nak tolong orang melayu ni yang mengaku dirinya mekanik (dalam hati "aiii pelik semacam je..dan dan datang ni"). Mula dia kata nak tolong...jadi bagi la dia tolong, dah siap cabut tayar dah..akhirnya timbul la soal cas...RM150 lak tu...haaa dia mula dah...dah la tu siap nak tukar dua-dua tayar pulak tu, tayar spare dan tayar yang dipancitkan tu. Tayar spare tu dia kata tak elok...ish..ish.. Nak tipu tak tengok orang...dah la siap nak pinjam motor ain nak tukar tayar...memang tamak sungguh....senang ke bawak tayar naik motor???



Akhirnya melalui perbincangan bijak pandai antara huda dengan ain heee~~

Cakap pada orang nak tolong orang melayu tu "aik kenapa nak tukar dua-dua tayar pulak, yang rosak satu jer, yang spare tu tak rosak..kalau pasang pun satu hari boleh pakai lagi".
Haa...dia senyap dah..
Sambung lagi..."Tak apa la, tak perlu buat apa-apa dah, kawan saya akan datang tolong, dah nak sampai dah pun".
Dia masih tercegat kat situ tak bergerak-gerak....(tau dah...ni mesti nak duit)
"Saya bagi RM10 jer ok, sebab awak kata cas perkhidmatan awak tadi RM20, tapi sebab awak cabut tapi tak pasang balik saya bagi tu je".
"Eh tak boleh la, RM20 juga"
Ikutkan hati nak biarkan je, tapi k.jiha kata bagi la..supaya dia tu lari.. Elok jer bagi lagi RM10, lari terus..haa kereta depa pulak yang rosak siap kena tolak lagi...( tulah...hee~~)


Akhirnya datanglah penyelamat, Hero pada malam tu...saudara Qayyum (sahabat KRL). Dia berjaya pasang tayar kereta dengan jayanya dan cekap sekali... Turut bersama-sama ketika itu, Ustaz Iimran yang tak jemu-jemu memberikan sokongan padu pada Qayyum. Shuhaimi yang akhirnya tolong kemaskan bonet kereta....dan Fahmi selaku hakim keadaan.


Nak jadi ke ceritanya, esokkanya pergi ke workshop. Periksa tayar yang dikatakan bocor itu, terserlah kebenarannya memang tak bocor pun. Angin tayar dikeluarkan...mengesahkan firasat pada malam itu. Dan tauke cina tu cas RM3 untuk tukar tayar...hmmmm.....


Kepada yang menjayakan pementasan pada malam itu..Noorul Ain Mohd Akib, Mohd Qayyum Kamaruddin, Syarifah Najiha Syed Sulaiman, Nur Azza, Shuhaimi Abu Samah, Mohammad Iimran Zainal Abidin dan Mohd Fahmi Mohd Yusop. Jazakallahukhairan khathira...semoga Allah membalas jasa kalian dengan ganjaran pahala yang melimpah ruah...amin..


Pengajaran : Kawasan Ivory tu memang banyak kes jadi kena more be careful dan akan datang kalau orang tak kenal kata nak tolong jangan bagi nanti lesap RM20...

4 comments:

Nadiah Sidek said...

eh, knp nama akk takde? :p

ada sekali dulu ms akk nak gi masjid batu..nak dekat sampai dah tiba2 tayar motor pancit, dekat2 dgn shell. mmg panik la, dah la nak gelap dah ms tu tp nasib baik ms tu akk bwk azi..

tiba2 je ada sorg lelaki ni dtg naik motor kata dia blh tukarkan tayar. magik ke apa? dah la siap ada semua peralatan tu. kitorg assume tayar kena paku yg sengaja ditaburkn kat area situ..

ye la, mana logik pancit tiba2 mcm tu. sblm pergi tu akk isi angin dah. pastu lelaki tu dtg tak sampai seminit pun. dah takde cara lain, bg je la dia tukarkan. mmg mahal dpd biasa la dia caj tu tp mujur ms tu mmg akk tak bwk duit (ada brp ringgit je ms tu), azi pun tak bwk..hehe..slmt!

berkat ke cari pendptn mcm tu? huhu..

boundaries said...

klu kak nadiah ada kat penang ni...mesti kak nadiah pun ada kat situ^_^ yup huda ingat lagi k.nadiah cite dulu...masa jadi kat huda tu pun huda teringat cite tu dan tiap kali otw nak ke masjid batu pun ingat gak...ni boleh la nak kata k.nadiah pun ada sama^_^

Nadiah Sidek said...

erk..akk pernah citer ye? hahaha. akk rasa akk citer benda yg sama ni kat org yg alaminya jgk. kalau huda kena benda yg sama lg (na'uzubillah, mintak dijauhkan), citer yg sama gak la akk ulang! jgn jemu ye! hihi..

boundaries said...

tak jemunyer k.nadiah^_^