Tuesday, November 23, 2010

Mawar vs Melur



VS




Kalau sebut perihal mawar ni, biasanya dikaitkan dengan cinta. Kalau hadiah daripada suami kepada isteri biasanya mawar akan jadi pilihan. Susunan kelopaknya lawa, warnanya yang menarik malah baunya harum. Seronok dapat bunga hihihi...tambah lak kalau digubah elok.

Melur tak pernah pula dengar orang bagi hadiah. Ada ke?? tapi melur salah satu bunga top list kegemaran ana. Sebab warna serta bau dia menenangkan. Tambah pula bila terbau bunga melur ni ana teringat pada Mok (nenek ana belah mak di terengganu). Mok ana ni suka bunga melur, bawah bantal dia selalu ada bunga ni sampai rambut terlekat bau ni...

Mok teh cik Mas (Nenek ana)


Tapi ana bukan nak cerita perihal bunga. Tapi perihal wanita yang dikaitkan dengan dua jenis bunga ni. Ana berikan nama pada dua wanita ni dengan nama mawar dan melur.

Mawar seorang gadis yang cantik, manakala melur pula gadis biasa sekadar sedap mata memandang. Namun kedua-duanya Allah hiasi dengan akhlak yang baik, agama yang baik, dari keturunan yang baik-baik. Sekiranya antara keduanya perlu dipilih menjadi calon isteri, ana yakin ramai sudah tentu tahu yang mana yang akan dipilih.

Ana terpandang isu ni bukan dari sudut pandangan lelaki. Tapi pandangan ana sebagai wanita. Sekiranya boleh dipilih menjadi mawar atau melur, ana pilih menjadi melur.

Menjadi mawar potensi diri untuk dipilih kerana agama tu kurang, boleh jadi yang memilih dia benar mungkin kerana agama, tapi kebarangkalian dipilih kerana kecantikan itu mungkin lebih tinggi. Boleh jadi 60-70% kerana kecantikan dan selebihnya kerana agama.

Manakala melur, kebarangkalian dipilih kerana agama peratusan hampir kepada 100%. Jadi beruntung betullah melur, kerana agama itu kekal sedangkan kecantikan itu pudar mengikut masa. Tapi kalau mawar dipilih kerana agama melebihi kecantikan barulah mawar itu betul-betul menjadi orang yang beruntung.






No comments: