Friday, January 2, 2009

Macam mana??

Ada satu situasi yang jadi pada ana hari ini, dan menarik minat ana untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat,

Hari ni, ada sorang kawan ana ajak ana temankan dia pergi melawat kawan american dia di hospital, sebab dia baru melahirkan anak. Ana kenal kawan dia ni, melalui cerita-cerita dia sebelum ni. So kira-kira ana dah selesai dengan urusan makmal bertolak la kami. Sebelum ke hospital, kami singgah di BJ dulu, ambik kawan korea dia. Then baru la bertolak ke hospital.

Keistimewaan mereka ini, kawan dari korea dan US ni, mereka fasih berbahasa melayu. Jadi cakap dengan mereka ni, memang cakap melayu la. Sampai setengah dari mereka ni, pandai cakap dengan loghat penang. Kalau nak kata tentang akhlak, hmm...akhlak mereka ni, akhlak yang baik, seperti akhlak islamiah, cuma bezanya mereka ni tak menutup aurat macam kita.

Selepas melawat tu, kami ke kedai kapitan di Gurney untuk makan malam, terjumpa dengan satu family lain juga dari US. Yang isteri dia ni memang fasih berbahasa melayu, walaupun ada setengah perkataan yang dia tak berapa pasti. Mula-mula cakap, cerita pasal baby boy kawan tadi, dia beritahu kawan tu risau yang anak dia belum kencing selepas 27jam lahir. Kemudian dia cerita pasal berkhatan, mula dia sebut pasal kitab taurat. Dalam kitab taurat minta anak berkhatan, dan ana dapat tahu orang yahudi khatan anak mereka selepas 8 hari, mereka ni pula kristian biasanya khatan sebelum balik ke rumah dalam tempoh 3 hari. Pasangan yang ana jumpa di kedai ni, anak ada 4 orang memang comel-comel, tapi yang penting sekali mereka well behave, salam cium tangan, macam ana sebutkan di atas tadi ada nilai akhlak islamiah.

Kemudian, kami teruskan dengan hidangan makan malam, di hadapan saya kawan dari korea. Dia baca doa sebelum makan, dengan cara dia..cara kristian. Dengan melihat semua ni, ana tahu mereka ni adalah misionary kristian di Penang..huh...bersepah rupanya. Bukan Mat Salleh saje seperti yang kita semua fikir, tetapi Korea, Kenya dan banyak lagi yang lain..

Dalam kereta, semasa nak balik, ana dengar kawan ana bercakap dengan kawan Korea ni, Dia nak kawin bulan 3 ni, jadi kawan duk korek la pasal bakal suami dia tu. Kenal dengan cara diperkenalkan, serupa macam baitulmuslim la. Baru kenal dalam tempoh 6 bulan, lelaki ni ajak dia kawin semasa beberapa ketika je mereka kenal. Mereka tak berjalan bersama-sama dan tak bercinta, tapi mereka akan buat selepas kawin...hmm....dan bakal suami dia belajar agama...of cos la agama kristian. Bakal paderi la...huh..

Lepas kawan tu balik, kawan ana duk cakap...

"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...tapi baik cara depa la...hihihihi.."

huh....

Ana memang tahu semua ni wujud, cuma ana tak pernah bertemu dengan orang-orang ni. Jadi sekarang ana dah jumpa. Kalau orang-orang melayu Islam kita lalai dan tak sedar yang mereka ni adalah satu gerakan misionary....tapi melihat pada cara segelintir masyarakat yang jarang ambik peduli, tak mustahil mereka tak sedar....orang-orang misionary ni, memang mereka ramai kawan dan kebanyakannya orang islam...

huh....

ni tak masuk dengan cerita ops sayangi remaja 2 masa tahun baru lagi...

wallahuwaklam bissawab....

5 comments:

pali said...

memang sejuk hati tengok anak2 mat salleh ni kalau mereka kecil. Instituisi kekeluargaan dalam memenuhi kehendak anak-anak dalam peringkat umur tertentu sangat-sangat diambil berat oleh mereka. Kalau mereka anak missionary, sudah pasti sejak kecil lagi mereka akan ke church hampir setiap minggu dsb. Moral mereka mungkin baik, akhlak mereka juga baik, mungkin. tapi dari sudut lain tak boleh nak samakan dengan akhlak islamiyah kerana ia merangkumi bab-bab ibadah dan aqidah. Ramai missionary yang berakhlak/ bermoral baik, dan mereka orang baik-baik.

Huda, nice experiences you have. moga kita semua celik mata dengan apa yang berlaku sekarang. Salams.

boundaries said...

pali thanks for the comment and the advice=)

Anonymous said...

Salam to 'salam jejak Rumaisya'

Really good story about ur life right there... keep writing!

zua jelita said...

hidup manusia mmg memerlukan agama.
dan Hidayah, di tangan Allah.
best entry!!
all the best ya, huda.

boundaries said...

terima kasih kopiah senget dan azua^_^singgah la lagi...insyaAllah