Friday, October 17, 2008

Ops Sayangi Remaja


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Di malam merdeka kami menghampiri kumpulan remaja terdiri dari dua remaja wanita, dan enam remaja lelaki.

'Assalamualaikum adik, tengah buat apa ni?kami nak join sekali boleh?'

Bila ditegur kami, mereka ni tersenyum sahaja, jadi kami mengambil senyuman itu sebagai satu persetujuan oleh mereka untuk kami bersama mereka. Disebabkan terdiri dari lelaki dan perempuan, jadi saya minta izin daripada dua adik perempuan untuk bersama dengan saya dan sahabiah-sahabiah di sudut lain, dan membiarkan adik lelaki tadi bersama dengan sahabat muslimin.

'Adik terkejut ke?minta maaf la, bukan kami nak buat terkejut, kami ni datang saja nak berborak-borak jer dengan adik. Boleh tak?'. adik tu menjawab boleh dan kekal dengan senyuman manis dia.

'Umur adik berapa?'. Kemudian salah seorang menjawab. 'Saya 14 tahun, yang ni 13 tahun'. Terkejut juga saya apabila tahu umur mereka yang terlalu muda untuk berada di tempat awan dan dikelilingi remaja lelaki sekitar jam 3 pagi. Dan setelah ditanya lagi, mereka ini adalah adik beradik, tetapi adik dia baru pertama kali keluar macam tu. Selepas bertanya berkenaan latar belakang sedikit sebanyak, kami teruskan dengan pertanyaan yang lebih mendalam.

Saya :Mak tahu ke adik keluar ni?
kakak:Mak tahu, mak yang bagi tambang datang sini.
saya :Adik datang dengan apa?
kakak:Dengan bas.
saya :Erm...dah lewat ni adik, bila nak balik?
kakak:Dah siang nanti, lepas subuh kami balik la.
saya :Ooo..Tapi lama lagi tu dik, tak boring ke?tak takut ke duduk sini dengan kawan-kawan lelaki waktu macam
ni? Kami hantar balik nak?kereta akak dekat jer..kawan akak ni pun ada kereta.
kakak:Eh tak pe la akak, kami duk sini jer, tak boring pun, boleh cakap dengan kawan-kawan. Kami tak takut, kami
percaya kat depa.
saya :Adik percaya kat kawan lelaki adik tu?Mak tau tak adik kawan dengan depa.
kakak:Mak tau, mak yang bagi kawan, kadang mak suruh depa ni hantar pi sekolah. Dah kenal lama dah depa ni.
saya :Macam mana adik kenal depa ni?
kakak:kenal kat restoren.
saya :Kenal kat restoren?Boleh percaya ke depa ni dik.

adik tu menjawab dengan senyuman.

saya :Mak kerja apa?
kakak:Mak berniaga.
saya :Siapa lagi ada kat rumah?
adik:Mak dengan mak tiri, mak tiri yang bagi duit tambang mai sini. Mak dengan mak tiri duduk satu rumah. Tapi
depa ni tak ngam.
saya :Oooo...ayah lak kerja apa?
kakak:Ayah tak de.
saya :Kenapa dengan ayah?
Kakak:Tak tau la, kena tangkap sebab mengedar dadah.

Astarfirullahalazimm.....terus bergenang air mata ana. Kepala ana ligat berfikir, mencari punca. Hati resah. Ana hanya mampu teruskan mengusap belakang adik tu dengan memberikan senyuman. Tak mampu untuk meneruskan bertanya buat seketika. Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya kerana memberikan ana peluang untuk bersama dengan sahabat-sahabat ana meneroka situasi sebenar kehidupan sebahagian daripada bakal pimpinan generasi akan datang. Ana berdoa di dalam hati, Ya Allah, kami memohon kepadaMu, supaya menguatkan kami untuk terus bersama-sama dengan mereka yang berusaha menegakkan syiarMu. Dan kami memohon supaya Engkau bukakan jalan kepada adik-adik ini memperlihatkan matlamat sebenar kehidupan yang sebenarnya mereka tidak meyedarinya..amin..

Itu adalah antara remaja, yang kami berjumpa di malam sambutan kemerdekaan negara kita. Banyak yang kami temui, namun saya mampu untuk kongsikan satu cerita sahaja. Kalau anda melihat, tidak ada yang mampu anda ucapkan melainkan istiqfar dan hati akan gusar. Sampai takut untuk memikirkan apa yang bakal terjadi pada generasi yang baru, yang bakal dilahirkan akan datang. Khalwat adalah pemadangan biasa di sana, penambah kemeriahan mereka di malam itu dengan kehadiran perlumbaan motor dan kereta. Muzik yang terlalu kuat, sehingga boleh pecah dada di buatnya.

Program kami yang bermula selepas isyak di salah satu surau di Pulau Pinang. Operasi ini dianggotai oleh semua NGO-NGO islam sekitar Pulau Pinang. Dianggarkan sebanyak 300 orang terlibat. Program bermula dengan ceramah pengenalan dan pendekatan dakwah yang baik, diiukuti dengan persembahan slaid show masalah sosial kini. InsyaAllah jika ada kesempatan ana akan ulaskan berkenaan slide show berkenaan di post akan datang. Program kami berakhir dengan solat subuh berjemaah. Wallahuaklam....

6 comments:

Anonymous said...

Kak Huda pun ada juga ye waktu tu? Saya pun ada juga time tu...memang mengejutkan...kita kena banyak berdakwah lagi kak..

boundaries said...

yup....dan ajak yang lain join sekali

Za's said...

hoho0...tau dah sapa...
ehe...........
urm....best la posting2 ni..
nama pun best, rumaisyaaaa..

boundaries said...

lawak la za ni..hhihihihi

cLoVer4miza said...

Ya Allah pilu hati saya membacanya.. Kasihan remaja sekarang..

boundaries said...

memang kesian....sedih..kalau boleh nak selamatkan semua...tapi boleh buat mana termampu jer..