Friday, January 14, 2011

Cadangan teks ucapan Mufti bagi Karnival Buku


Cuakssss masa diberi tugas ni oleh Timb President KRL, ana yang karangan dari sekolah rendah sampai sekolah menengah asyik B je. Nak kena sediakan cadangan teks ucapan Dato Mufti Pulau Pinang??? Terus ana pening bila tahu kena buat. Eh macam mana nak buat ni?nak tolak tak sampai hati, tambahan lagi daripada timb president 'esok ana nak siap dah' adusss...

Dengan kudrat yang ada (cewah...cam berat sangat jer tugas tu hihihi) alhamdulillah ana berjaya sediakan satu teks, tapi ana rasa tergantung, meh ana tunjuk sikit isi teks ucapan:

'Meneruskan kehidupan sebagai khalifah Allah di dalam era globalisasi abad ke 21, merupakan suatu keadaan yang mencabar bagi pembentukan jati diri dan kelangsungan hidup bagi umat Islam. Cabaran dalaman dan luaran serta ditambah dengan teori-teori pemikiran asing yang tidak sesuai dengan prinsip dan falsafah Islam, melemahkan lagi survival umat Islam dalam mengharungi cabaran abad ini sama ada secara rohani, emosi mahupun intelektual.

Justeru itu, penekanan dalam bidang keilmuan merupakan salah satu pendekatan yang terbaik bagi mengubati masalah kurang upaya umat Islam dalam menghadapi cabaran abad ini. Seterusnya mencetuskan satu anjakan paradigma ke arah melahirkan umat Islam yang bukan saja cergas dari segi fizikal malah mempunyai kekuatan rohani, kejernihan emosi serta kecerdasan intelektual bagi menjana peradaban ummah.

Menyedari tentang kepentingan budaya ilmu ini, Kelab Remaja Lestari Pulau Pinang dengan kerjasama oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang memutuskan untuk menganjurkan Karnival Buku Pulau Pinang 2011 dengan tema ‘Menjana peradaban Ummah dengan Ilmu’ (BERILMU). Dengan bercirikan konsep peradaban Islam, deretan-deretan gerai-gerai buku yang pelbagai dan ditambah dengan aktiviti-aktiviti yang menguji minda merupakan satu persekitaran yang sangat sesuai bukan sahaja untuk orang dewasa, malah merupakan salah satu pendidikan tidak formal bagi mendidik anak-anak mencintai ilmu.'


Di zaman era IT ni segala yang mustahil boleh jadi nyata, hmm...kalau ada internet dulu mesti senang buat karangan, mesti boleh dapat A hihihi


sekadar gambar hiasan....

2 comments:

Nadiah Sidek said...

ehehe..nasib baik akak tak pernah diberi tugasan menyiapkan teks ucapan :D

boundaries said...

tulah nasib baik...cuakkksss...tp kalau k.nadiah punya ayat mesti lagi best..dah la mufti tengok teks tu masa jumpa..huhu